Sunday, March 21, 2010

DUNIA KU...

Assalamualaikum... Salam satu hati... Pemulaan baru dalam kehidupan aku yang bergelar sebagai suami, jawatan hakiki sebagai suami,adalah tangungjawab yang berat terpaksa aku pikul,namum doa dari keluarga,sahabat menjadikan aku lebih bertenaga dalam mengalas jawatan baru ini... mulai 12.28 tengah hari,6/3/2010...aku lah pemimpin kepada institusi yg aku bina bersama isteri tercinta,marahaini bt maula... mulai dari hari aku kenali beliau,sejak di tadika pasti kuala kemaman,ketika berusia 6 tahun,pelbagai kenangan tercipta oleh kami berdua...baik yg manis mahupun yg pahit hempedu...kami harungi bersama. Bermula dengan bait-bait ikatan persahabatan sehingga lah ke babak pasangan kekasih,berakhir juga ke jinjang pelamin... walaupun ramai yg menunggu bagaimana kami merealisasikan perkahwinan kami,tak ramai yg tahu betapa aku dan isteri berhempas pulas dalam menjayakan majlis ini...walaupun seaakan mustahil pada mulanya majlis ini diadakan disebabkan oleh usia kami yg masih muda,namum berkat perit jerih kami berdua,akhirnya kami jayakan jua majlis ini... sekali lafaz jua lah aku luahkan lafaz sumpah cinta kami,mulai saat itu,aku mulai berjanji akan menjadi seorang suami dan anak yg soleh... Moga istana yg kami bina ini akan kekal abadi... Insya'Allah...

No comments: