Wednesday, April 21, 2010

Kopratasa : Permata Untuk Isteri (HQ Audio)




Kopratasa

Permata (Untuk Isteri Ku)
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri


Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Hari ini...

Assalamualaikum....
salam satu hati....
hari nie terasa sedikit ringan,ditempat keje...
xbanyak keje,wlaupun ade sikit bawah trail...
leh tggu lg tue,banyak yang da di settlekan...
maklum lah,esok malam dah nak berangkat meninggalkan umah dan opis,xlama pon...awal bulan depan balik lar...
kemana...???
ke Felda Residen Trolak,Sungkai,Perak
kursus disana....bagus gak dapat g kluar nie,leh tenang kan fikiran....
kekadang kita kene lah menukar suasana tempat keje....
bru lah minda cerdas,leh terbukak minda tue ckit...
harap dapat menimba pengalaman baru disana...
ntah mcm mana kursus nanti,mesti penat...tp dek stok ngn kawan2 baru,biasa penat tue xterasa...
jauh meninggalkan kak chik di kelantan..
ntah mcm mana lah klu lama sgt nanti...penat dok menahan rindu,walaupun xpergi lagi pun,hati dah mula rindu...
resah memikirkan keadaan berjauhan nanti...wlaupun skunk dah jauh,tp klu bergerak dari sini xsampai dua jam pon...

Ntah kenapa semangat untuk berkomuniti semakin hilang,mungkin dek kerana terlalu banyak hal dengan jabatan,menjadikan masa terasa pendek untuk kuar malam dan lepak ngan ahli2 bom yang lain.
banyak lgi plan yg xdijalankan...
tgok la cmner nanti

td ade gak terdetik bibit kerisauan,bila nk g jauh nie....yela,keadaan skunk bukan selamat sgt,mcm2 perkara terjadi kebelakangan nie...
sayang...jaga diri tau,tika abang jauh dirantau an....hahahaha....
jiwang sgat lak....
k... lar,tue jer.....
ckup la cnie dlu....kat perak lak tulis keadaan disana...

Saturday, April 10, 2010

BENUA YANG TERCIPTA


Assalamualaikum..
Hati ini selalu bertanya tentang kamu..
Tentang kebahagian kamu..
bersamaku...
Sayangku..
ku harap jurang yang terbina tanpa kita pinta ini..
Tidak menjarakkan hati kita..
Jurang yang terbina ini..
Tidak memisahkan perbicaraan romantis kita..
Jurang yang terbina ini tidak mengganggu kasih kita..
Sayangku..
ku harap kau pasti dengan kehidupan engkau sekarang..
ku harap kau mengerti aap yang ku harapkan..
Kebahagian yang kita impikan
Kebahagian yang kita harapkan..
Dalam kepayahan hidup hari ini..
Aku ingin kau fahami..
Faham dengan gerak seni rentak dunia.,.
Yang bisa menggongcang dunia yang kita bina..
dunia yang bakal kita tempohi..  

Thursday, April 8, 2010

CETUSAN RASA....

salam...
hari ini...
kita mulakan dengan lembaran baru,setelah menutup kisah kehidupan semalam...
semalam...
tiada yg mampu diucap selain bekasan yg tinggal terlalu menguris hati...
namum apa yang mampu adalah meneruskan hidup untuk mencari sesuap nasi...
pepatah melayu...
hari semalam adalah sejarah,hari esok adalah perancangan...
hari ini terus menjadi warkah untuk di hiasi kita....


achik memang xnak membicarakan ttg apa yg berlaku semalam...
ketika ini,apa yg mampu achik pkir adalah t'jawab yg perlu di sempunakan.
mujur la kak chik banyak memberi nasihat dan sokongan untuk achik menjadi pekerja yg lebih baik...
terima kasih bee...
puas achik melilau setelah balik dari opis sekitar jam enam setengah,walaupun waktu opis arini setakat tiga setengah..tp dek kerana nak menyiapkan setting untuk karaoke di karnival ulangtahun rtm di opis nie terpaksa la balik lewat...xpe,ikhlas buat sume tue...
achik pon ronda lar bandar kuala terengganu nie,klu balik awal pon dok layan perasaan geram jer...baik lilau dulu,tggu isteri kesayangan balik keje...klu dpt dgr suara dia sekejap pon xpe,sejuk ckit hati nie...
ciap achik mandi,tepon pon berdering....
ring....ring...''bunyi ringtone halimah jongang''
lega kol tue dari isteri tercinta,rindu sgt....seharian dilalui seorang diri,sedih sgt....
tp sayangku tue lagi letih,seharian berkerja shift petang,terpaksa la wat laporan kat suami nie...
sempatla mendengar rintihan isteriku yang comel tue ngomel cam budak kecik,sebab kene buat sume keje kat wad....
mybe org lain dalam wad tue sambut hari buruh kot....tak pun dibayar untuk duduk dan lepak di wad....
kekadang,belajar nursing nie lebih letih dari keje,coz sume nak kene buat masa tue...bguih jugak macam tue,nanti dah keje tak la terkebil-kebil...
semalam jugak achik dapat perkhabaran gembira apabila kak chik lulus sume subjek exam.
tahniah sayang!!!!
emuaah...
tp masih ade final....belajar betul2 tau...
buktikan kita boleh berjaya walaupun dah berkahwin...
malah lebih berjaya dari sebelum nie...


Abang tahu bahawa sayang pandai dalam pelajaran....
abang harap istana yang kita bina bakal jadi pemangkin untuk sayang lebih berjaya....
hjung minggu nie achik akan cibuk ngan aktiviti pejabat,
minggu depan pon macam tue nampaknya dengan acara juara rakyat...
minggu ketiga pulak achik kene pergi ke felda residen trolak,sungkai,perak....
pertama kali ke sana ader kursus seminggu...
tinggalkan isteri berminggu2...
cam ner nie...???

Minggu pertama May lak isteriku ambil final exam...
insya'allah...doa abang akan sentiasa mengiringi sayang...
tiada hadiah perkahwinan yang paling abang mahu melainkan kejayan bee dalam pelajaran...
belajar rajin2 yer...
3.6 tau...
buktikan kita makin berjaya...

salam sayang dari suami mu....
Muhamad Yusrizal Nizam Azmi
///





Sunday, April 4, 2010

Cabaran

Hari ini hari kedua aku tergerak hati untuk meluahkan sesuatu di paparan ini.Aku rasa lapang apabila aku dapat meluahkan apa yang aku fikirkan.Kadang2 aku bukan memerlukan seseorang untuk mndengar celotehku tetapi aku mahu sesuatu yang dapat aku luahkan semua tanpa aku fikir apa2..Hari ini banyak sungguh cabaranku..Dari awal pagi aku dikejutkan rumateku, suamiku untuk aku bergegas mandi cz hostel ketiadaan air.Berat sungguh utk mataku celik..berat yang amat tanganku untuk menyapa tower di loker..Dengan muka yang masam aku melangkah dengan seribu persoalan untuk aku sambung tidur selepas cuci muka n gosok gigi..Yelah air yang ku angkut dari cafe semalam hanya tinggal separuh dari baldi yang saizny sedang sahaja.Semasa asyik menggosok gigi aku terfikir orang yang pergi kem masih bercuti hari ini, bermakna aku terpaksa berkerja hanya 2 orang..Ya ALLAH tak sanggup untuk aku fikir lebih mendaalm lagi..Aku ke wad awal 5 minit dari biasa aku sampai..itu pun da pukul 7.00am.Da dikira awal la jika dibandingkan dengan sebelum ini.Aku bekerja dengan begitu taksub, Aku tidak suka dengan prinsip senioriti yang diamalkan di wad..Aku lebih suka bergaul dan tidak membandingkan pangkat ku yang tidak seberapa..Bagiku dan akal fikiranku ilmu bukan diukur dengan warna yang ku galas di bahu..memang la ilmu yang dipelajari mengikut peringkat tetapi ada skill yang kita miliki tanpa kita belajar dengan buku.Yang paling aku suka hari ini aku daapt memasukkan ryle's tube pada pt aku..tp aku kaku semasa aku cari aktiviti untuk menghilangkan bosanku aku berbual2 dengan seorang pt..mula2nya rancak benar berbualan kami..Aku bertanya tentang familynya..isterinya sudah meninggal,anak2nya semua bekerja elok2 di KL..Tiba2 dia meminta aku hulurkan tisu kepadanya..menangis dia apabila bercerita tentang anak2nya..Aku terfikir sejenak adkah dia menangis tanda bangga atau dia rindukan anak2nya..Aku berlagak tidak bersalah dan aku minta diri dan menyibukkan diriku ke katil sebelah..Apabila balik dari kerja aku terus mencapai handsetku untuk mendengar suara yang ku tunggu2 untuk menghilangkan segaal penat yang ku pikul sampai ke kolej..terlupa da..nak tinggal je dekat wat..Pada awalnya panggilanku di omitkan sekejap kerana suami sedang makan..Takpe aku sabar menunggu..kemudian kedengaran suara yang ku tunggu mengomel dengan penuh manja dan ku kira dapat menghilangkan rasa penatku tadi...Tapi pada panggilan yang ketiga, memang suamiku fanatik dengan angka 3...Ku amati suaranya yang lemah longlai wat sutera ditiup angin pantai..begitu lemah suaranya..hatiku jadi gundah..Sakitkah dia..Atau main2..Ya Allah bantu la hambamu yang lemah ini..Aku tidak terdaya untuk menolong suamiku ketika itu..Aku amat kecewa dengan diriku yang tidak dapat menolong suamiku sendiri...ABGGG..bukan pintaku untuk meletakkan kedudukan kita begini..maafkan aku..

Saturday, April 3, 2010

Alahai suamiku..

Da 4 minggu kami menempuh satu alam yang agak mencabar jugak jika dikira secara prinsip Bernouli, tapi agak simple jika menggunakan kamus Al-Quran jika kena pada tempatnya...Apa la nasib jadi suami ku..jadi superman kah dia??atau jadi seorang hamba allah yang taat pada perintahNya..Ku kira amat beruntung dapat memiliki seorang hamba sepertinya yang dapat mengubah hampir 89% kehidupan aku sekarang..Tak boleh bagi 100% nanti tak dikira hamba yang bersyukur terhadapNya..bak oleh riak dan takakbur..Aku juga dikira amat beruntung kerana suamiku amat memahami keadaan ku sekarang..Rupanya bukan mudah untuk kita menjadi seorang isteri yang sempurna.Kita la chef,kita la house keeping,kita la manager,..tapi yang paling ku kira berat untuk aku laksanakan tanggungjawadku dengan begitu effision bak nak jadi chef..Tuhan saja yang tahu..berapa lama aku tak pegang periuk nasi..kat hostel ku kira menggunakan formula2 yang ku belajar di bangunan yang begitu Agam sekali akulah heroin yang dikira serba tahu.Tapi entah bagaimana nak jadikan cerita aku p tanya suamiku..Abggg..kena la lentok ckit cz nak bertanya soalan ni..Abgg..cukup ka air ni nak masak nasi..??Soalan yang cukup untuk suamiku masak aku untuk jadikan nasi tengahari tu..Tapi suami ku dengan tenang dan cukup bersama menjawap pertanyaan ku..BBB...beras ni takpe jika airnya terlebih..jgn terkurang sudah..Dengan tiba2 dadaku mengembang tanda teruja atas sikap yang ditonjolkan suamiku..Engkau la wiraku engkau la permata hatiku,ketika saat ku memerlukan kau hadir tanpa diminta..ku tahu kini bukan kerana wang ringgit yang kau curahkan..tapi hatiku cukup terpaut dengan rohani dan jasmanimu yang sukar untuk ku ungkap dengan seribu perkataan..tapi 500 perkataan pun tak dapat jugak nak ungkap apa yang ku fikir tentangmu..Cukup la kau tahu aku amat menyayangimu sehingga hujung usia kita.Ku harap masjid yang kita bina ini dihidupkan dengan kasih sayang kita,disirami dengan air mata gembira kita, dibajai dengan hilau tawa kita,disimbahi oleh sinaran mata gembira kita,Ditiupi oleh kata2 yang manis sentiasa dan yang ku paling mengharap dari seorang suami bimbinglah aku ke jalan yang benar yang daapt menerangi kehidupanku yang suram..Amin..