Sunday, April 4, 2010

Cabaran

Hari ini hari kedua aku tergerak hati untuk meluahkan sesuatu di paparan ini.Aku rasa lapang apabila aku dapat meluahkan apa yang aku fikirkan.Kadang2 aku bukan memerlukan seseorang untuk mndengar celotehku tetapi aku mahu sesuatu yang dapat aku luahkan semua tanpa aku fikir apa2..Hari ini banyak sungguh cabaranku..Dari awal pagi aku dikejutkan rumateku, suamiku untuk aku bergegas mandi cz hostel ketiadaan air.Berat sungguh utk mataku celik..berat yang amat tanganku untuk menyapa tower di loker..Dengan muka yang masam aku melangkah dengan seribu persoalan untuk aku sambung tidur selepas cuci muka n gosok gigi..Yelah air yang ku angkut dari cafe semalam hanya tinggal separuh dari baldi yang saizny sedang sahaja.Semasa asyik menggosok gigi aku terfikir orang yang pergi kem masih bercuti hari ini, bermakna aku terpaksa berkerja hanya 2 orang..Ya ALLAH tak sanggup untuk aku fikir lebih mendaalm lagi..Aku ke wad awal 5 minit dari biasa aku sampai..itu pun da pukul 7.00am.Da dikira awal la jika dibandingkan dengan sebelum ini.Aku bekerja dengan begitu taksub, Aku tidak suka dengan prinsip senioriti yang diamalkan di wad..Aku lebih suka bergaul dan tidak membandingkan pangkat ku yang tidak seberapa..Bagiku dan akal fikiranku ilmu bukan diukur dengan warna yang ku galas di bahu..memang la ilmu yang dipelajari mengikut peringkat tetapi ada skill yang kita miliki tanpa kita belajar dengan buku.Yang paling aku suka hari ini aku daapt memasukkan ryle's tube pada pt aku..tp aku kaku semasa aku cari aktiviti untuk menghilangkan bosanku aku berbual2 dengan seorang pt..mula2nya rancak benar berbualan kami..Aku bertanya tentang familynya..isterinya sudah meninggal,anak2nya semua bekerja elok2 di KL..Tiba2 dia meminta aku hulurkan tisu kepadanya..menangis dia apabila bercerita tentang anak2nya..Aku terfikir sejenak adkah dia menangis tanda bangga atau dia rindukan anak2nya..Aku berlagak tidak bersalah dan aku minta diri dan menyibukkan diriku ke katil sebelah..Apabila balik dari kerja aku terus mencapai handsetku untuk mendengar suara yang ku tunggu2 untuk menghilangkan segaal penat yang ku pikul sampai ke kolej..terlupa da..nak tinggal je dekat wat..Pada awalnya panggilanku di omitkan sekejap kerana suami sedang makan..Takpe aku sabar menunggu..kemudian kedengaran suara yang ku tunggu mengomel dengan penuh manja dan ku kira dapat menghilangkan rasa penatku tadi...Tapi pada panggilan yang ketiga, memang suamiku fanatik dengan angka 3...Ku amati suaranya yang lemah longlai wat sutera ditiup angin pantai..begitu lemah suaranya..hatiku jadi gundah..Sakitkah dia..Atau main2..Ya Allah bantu la hambamu yang lemah ini..Aku tidak terdaya untuk menolong suamiku ketika itu..Aku amat kecewa dengan diriku yang tidak dapat menolong suamiku sendiri...ABGGG..bukan pintaku untuk meletakkan kedudukan kita begini..maafkan aku..

No comments: