Saturday, April 3, 2010

Alahai suamiku..

Da 4 minggu kami menempuh satu alam yang agak mencabar jugak jika dikira secara prinsip Bernouli, tapi agak simple jika menggunakan kamus Al-Quran jika kena pada tempatnya...Apa la nasib jadi suami ku..jadi superman kah dia??atau jadi seorang hamba allah yang taat pada perintahNya..Ku kira amat beruntung dapat memiliki seorang hamba sepertinya yang dapat mengubah hampir 89% kehidupan aku sekarang..Tak boleh bagi 100% nanti tak dikira hamba yang bersyukur terhadapNya..bak oleh riak dan takakbur..Aku juga dikira amat beruntung kerana suamiku amat memahami keadaan ku sekarang..Rupanya bukan mudah untuk kita menjadi seorang isteri yang sempurna.Kita la chef,kita la house keeping,kita la manager,..tapi yang paling ku kira berat untuk aku laksanakan tanggungjawadku dengan begitu effision bak nak jadi chef..Tuhan saja yang tahu..berapa lama aku tak pegang periuk nasi..kat hostel ku kira menggunakan formula2 yang ku belajar di bangunan yang begitu Agam sekali akulah heroin yang dikira serba tahu.Tapi entah bagaimana nak jadikan cerita aku p tanya suamiku..Abggg..kena la lentok ckit cz nak bertanya soalan ni..Abgg..cukup ka air ni nak masak nasi..??Soalan yang cukup untuk suamiku masak aku untuk jadikan nasi tengahari tu..Tapi suami ku dengan tenang dan cukup bersama menjawap pertanyaan ku..BBB...beras ni takpe jika airnya terlebih..jgn terkurang sudah..Dengan tiba2 dadaku mengembang tanda teruja atas sikap yang ditonjolkan suamiku..Engkau la wiraku engkau la permata hatiku,ketika saat ku memerlukan kau hadir tanpa diminta..ku tahu kini bukan kerana wang ringgit yang kau curahkan..tapi hatiku cukup terpaut dengan rohani dan jasmanimu yang sukar untuk ku ungkap dengan seribu perkataan..tapi 500 perkataan pun tak dapat jugak nak ungkap apa yang ku fikir tentangmu..Cukup la kau tahu aku amat menyayangimu sehingga hujung usia kita.Ku harap masjid yang kita bina ini dihidupkan dengan kasih sayang kita,disirami dengan air mata gembira kita, dibajai dengan hilau tawa kita,disimbahi oleh sinaran mata gembira kita,Ditiupi oleh kata2 yang manis sentiasa dan yang ku paling mengharap dari seorang suami bimbinglah aku ke jalan yang benar yang daapt menerangi kehidupanku yang suram..Amin..

No comments: